Friday, October 31, 2008

SAWAN EPILEPSI(EPILEPSY)

DEFINISI EPILEPSI:

· Epilepsi ialah sejenis penyakit yang disebabkan oleh gangguan dalam bahagian otak yang berlaku secara berulang dalam bentuk serangan sawan yang boleh menyebabkan seseorang penghidap sawan tidak akan sedarkan diri dalam satu jangka masa bergantung kepada tahap kekronikan penyakit sawan yang dihadapi.

· Biasanya serangan sawan yeng terjadi boleh menyebabkan penderitaan yang serius dan melibatkan semua peringkat umur manusia tidak kira kanak-kanak atau orang dewasa.

· Selepas seseorang itu mengalami serangan sawan, seseorang itu akan keletihan dan tidak mampu mengigati apa yang telah terjadi kepada dirinya.

· Abad ke 18 dan 19 Hippocrates telah memperkenalkan ubat antileptik pertama yang dikenali sebagai Bromid yang telah digunakan diseluruh dunia.

· Menurut Hans Berger (Jerman) 1920-an telah mencipta elektroensefalograf (EEG) bagi merekod kehadiran pelepasan elektrik didalam otak, yang telah memungkinkan pembedahan dilakukan tiga dekad kemudian.

KADAR JANGKAAN:

· Secara puratanya kadar kekerapan berlakunya serangan sawan adalah bergantung kepada tahap kekronikan penyakit sawan yang mereka hadapi.

· Biasanya, jangkaan berlakunya serangan sawan epilepsi dikalangan kanak-kanak adalah selama 10-20 minit dan yang paling cepat boleh terjadi adalah selama 30 saat.


PUNCA-PUNCA EPILEPSI:

· Secara umumya, punca sebenar epilepsi masih belum diketahui secara jelas dan terperinci.

Antara punca-punca epilepsi ialah:

· Kekurangan oksigen atau pendarahan dalam otak sewaktu kelahiran.

· Penyakit keturunan atau genetic seperti tuberos sclerosis.

· Akibat komplikasi selepas strok.

· Ketumbuhan dibahagian otak, saluran darah luar biasaatau kecacatan saluran darah dibahagian otak.

· Kerosakan bahagian otak akibat jangkitan kuman,parasit,alcohol atau bahan toksik.kecederaan parah di bahagian otak.

· Kecederaan teruk dibahagian otak.

Punca lain epilepsi ialah:

 faktor biasa kecederaan di kepala, faktor genetic dan penyakit tumor otak.

 faktor orang dewasa ialah penyalahgunaan alcohol, jangkitan kuman,pendedahan kepada bahan kimia dan penyakit kerosakan otak.

 faktor kanak-kanak ialah deman yang kuat,kecacatan sewaktu lahir,keracunan,kecederaan di kepala dan suntikan vaksin-sawan.


Ciri-ciri Penghidap Epilepsi:

Ciri-ciri fizikal:
-serang bahagian fizikal pesakit, rebah, kaku, kejang, tidak sedarkan diri, pernafasan tidak teratur,air ludah berbuih dan tidak mampu mengawal pembuangan air kecil dan besar,

Ciri-ciri tingkahlaku:

-mereka hanya mempamirkan sikap atau tindakan yang luar biasa setelah diserang sawan.

Ciri-ciri sosial:

-sukar berkawan dengan rakan sebaya nereka,menghadapi dan masalah kemurungan.

Ciri-ciri kognitif - pesakit tidak dapat menumpukan perhatian terhadap pelajaran dan mengikuti persekolahan seperti kanak-kanak biasa yang lain.

Ciri-ciri motor: - pesakit berada dalam keadaan binggung,mengulangi perbuatan yang sama, tidak dapat bersukan dan melakukan aktiviti berat.

 
 

INTERVENSI DAN PERUBATAN.

Terdapat beberapa ujian ynag boleh dilakukan untuk mengenal pasti penyakit sawan:

· Ujian paras kalsium dan magnesium dalama darah.

· Ujian paras glukosa dalam darah.

· Ujian fungsi hati dan buah pinggang

· Elektroensefalogen (EEG)

· Pemantauan video-EEG

· Penilaian neuropsikologi

· Paras GABA.GABA ialah sejenis asid amino yang terdapat dalam system saraf pusat manusia tertumanya dibahagian otak manusia.

RAWATAN

Ubat-ubatan yang biasa diberikan kepada pesakit epilepsi ialah jenis ubat anti-epileptik (AEDS) yang mengandungi satu atau lebih bahan kimia yang dipanggil antikonvulsi.

Contohnya sodium valporat, Phenobarbital dan phenytoin.

Rawatan alternatif yang lain adalah seperti:

· Pembedahan

· Diet pemakanan khas

· Ransangan saraf vegas

· Invervensi dari segi pendidikan


 

UNTUK KETERANGAN LANJUT, BOLEH HUBUNGI:

Persatuan Epilepsi Malaysia

(Malaysian Society Of Epilepsy)

Jabatan Neurologi,

Hospital Kuala Lumpur,

50586 Kuala Lumpur.

Tel:03-25615405

Laman web: http//www.epilepsi.org.my

 
 


 

 
 


 

 
 


 

 
 


 

 
 


 

 
 

Apakah itu Autisma???

Autistic Spectrum Disorder (ASD)

  • Autisma
  • Sindrom Asperger
  • Pervasive Developmental Disorder (PDD) (ERIC Digest, 1999)

Apakah Penyebab Autisma?

Genetik. Kajian menunjukkan 90% autisma berlaku adalah diwarisi melalui gen manakala gen yang spesifik tersebut masih tidak dapat ditemui.

Faktor persekitaran
juga memainkan peranan seperti persekitaran sebelum, semasa atau selepas kelahiran anak.

Sebagai contoh,

  • pendedahan embrio terhadap
    teratogen
  • mengalami hiposia (berkurangan oksigen) semasa kelahiran anak
  • Antibodi ibu seperti immunoglobulin G (IgG) yang bertindak berlawanan protein otak fetus

* Walaupun banyak sebab telah dicadangkan, tetapi teori faktor penyebab autisma masih tidak sempurna lagi dan masih dipertikaikan. #

(Wikipedia, 2008)


Bagaimana Diagnosis Dijalankan?

  • Senarai penyemak simptom autisma (Autism symptoms checklist)
    • Tidak menunjukkan pertembungan mata
    • Tidak bertutur seperti kanak-kanak yang sebaya dengannya
    • Tidak mencuba untuk berkomunikasi dengan menunjuk gaya atau berlakon


    • Tidak berimaginasi semasa bermain
    • Tidak bertindak balas sekiranya seseorang tersenyum kepadanya
    • Suka memutarkan alat permainan mereka
    • Tertarik kepada sesuatu objek sahaja
    • Suka bermain secara bersendirian
    • Melepaskan kemarahan secara tiba-tiba tanpa alasan.


  • Alat penaksiran dan instrument diagnosis lain
    • Checklist for Autism in Toddlers (CHAT)
    • Early Screening of Autistic Traits Questionnaire
    • First Year Inventory
    • Diagnosis and Statistical Manual of Mental Disorder (DSM)
    • Autism Diagnostic Observation Schedule (ADOS)
    • Autism Diagnostic Interview-Revised (ADI-R)
    • The Childhood Autism Rating Scale (CARS)

      (Autism Help, 2008)

Apakah Rawatan atau Intervensi?

  • Pengurusan dan latihan tingkah laku.
    Pengurusan dan latihan tingkah laku dengan melakukan peneguhan, bantuan sendiri dan latihan kemahiran sosial untuk mengembangkan tingkah laku dan komunikasi. Contoh perkhidmatan termasuk Applied Behavioral Analysis (ABA), Floortime, TEACCH, Verbal Behavior Intervention (VBI), Relationship Development Intervention (RDI) dan sebagainya.
  • Terapi pakar
    termasuklah terapi pertuturan, pekerjayaan, dan fizikal. Selain itu, PECS dan terapi integrasi sensori turut membantu kanak-kanak autisma.
  • Perubatan.
    Melalui perubatan, sesetengah simptom dapat dikurangkan seperti
    risperidone. (Pentadbiran makanan dan dadah Amerika Syarikat)

  • Penyukatan makanan.
    Pengurangan kandungan protein gluten dan casein.
  • Ubat alternatif dan komplemen (CAM).
    Sebagai contoh, ubatan cina, terapi menari, integrasi auditori, herba, vitamin dan sebagainya.

(Pusat Kawalan dan Prevensi Penyakit A.S., 2007)



Sunday, October 19, 2008

Masalah Pembelajaran Diskalkulia (Dyscalculia)


Apa itu Diskalkulia?

  • Merujuk kepada istilah sastera, "Dys" dalam bahasa Greek bermaksud kesukaran, "Calculia" dalam bahasa Latin bermaksud pengiraan. Maka Diskalkulia didefinisikan sebagai masalah pembelajaran spesifik yang mempengaruhi pemerolehan/pembelajaran kemahiran aritmetik (Wikipedia, 2008).
  • Menurut Departmant for Education Skills 2001(DfES), Diskalkulia diterangkan sebagai sesuatu keadaan yang mempengaruhi keupayaan menguasai / memperolehi kemahiran aritmetik. Kanak-kanak diskalkulia menghadapi masalah dalam memahami konsep nombor yang mudah, kekurangan kefahaman intuisi terhadap nombor dan bermasalah dalam mempelajari fakta nombor dan prosedur-prosedur. Contohnya, mereka tahu 3+5=8, tetapi tidak dapat mentafsirkan bahawa 5+3=8. Walaupun mereka dapat menghasilkan jawapan yang betul, tetapi mereka melakukannya dengan tanpa keyakinan diri. (Messenger et al).


     

Simptom-simptom Diskalkulia

Seseorang yang menghadapi masalah Diskalkulia akan menghadapi kesukaran:

  • Mengenal nombor dan simbol-simbol dalam matematik seperti +, -, x dan ÷
  • besar dan kecil. Contohnya: tidak dapat menentukan nilai terbesar antara 23 dan 32
  • mengira dalam bilangan 2 atau 5 dan sebagainya serta tertib menurun
  • membuat anggaran dan pengukuran, seperti saiz, nilai, wang, jarak atau cecair
  • mengira wang atau melihat masa
  • membaca peta dan jadual, kerana kurang kesedaran tentang kedudukan, arah, orientasi dan organisasi ruang
  • menggunakan peraturan dan prosedur, oleh itu mereka tidak dapat mengingati langkah-langkah untuk menyelesaikan pengiraan matematik
  • Lemah dalam pengiraan spontan.


 

Punca-punca berlakunya Diskalkulia

 Wujud sejak lahir atas faktor genetik

-    Kecederaan pada otak sebelah kiri berdekatan dengan telinga.

- kerana otak kiri berfungsi menterjemahkan angka-angka

Pendedahan awal matematik yang terdesak

  • pendedahan sebelum kanak-kanak bersedia untuk menerima konsep matematik menyebabkan kanak-kanak berasa bimbang apabila berhadapan dengan soalan matematik dan menjadi fobia

Faktor pengajaran di sekolah

  • Pelajar yang lemah tidak dapat menguasai sesuatu kemahiran dengan sepunuhnya kerana guru perlu menghabiskan sukatan pelajaran seperti yang ditetapkan.

- Pengajaran konsep matematik diabaikan kerana guru mengajar dan melatih pelajar bersarankan ujian dan peperiksaan.

Bagaimana untuk mengajar kanak-kanak Diskalkulia?

  • Memberi penyampaian pelajaran secara part-part-whole
  • Memberi pengulangan dan latih tubi yang kerap
  • Mengenalpasti mereka faham akan soalan atau latihan yang ditujukan
  • Mementingkan kefahaman konsep
  • Mengkaitkan contoh dengan kehidupan harian dan bahan maujud
  • Menggunakan bahasa yang senang difahami
  • Memberi penghargaan dan pujian, elakan melabel dan memarahi mereka depan khalayak ramai
  • Menggunakan alat bantu mengajar yang pelbaga


 

Sokongan Keluarga

 Ahli keluarga, khasnya ibubapa perlu mengambil bahagian sepenuhnya bagi membantu kanak-kanak bermasalah pembelajaran

 Sentiasa merujuk kepada guru kelasnya untuk mengikuti perkembangan anak di sekolah.

 Mengajar anak-anaknya atau memberi pendedahan tentang pengiraan melalui permainan

 Memberi peluang kepada mereka untuk berhadapan dengan pengiraan dan penghitungan dalam aktiviti harian

 Ibubapa memberi kerjasama dengan pihak sekolah bagi membimbing anak-anak mereka supaya berjaya dalam kehidupan.


 

Boleh mendapatkan informasi dan nasihat dari:


www.suite101.com

No.6, Persiaran Kuantan

Off Jalan Titiwangsa, Setapak,

Kuala Lumpur

Tel/Fax: 03-40255109
Email : dyslexiaft@time.net.my

Email:pkik@myjaring.net

Mari Kita Belajar Bersama-sama Isyarat Tangan A-Z