Thursday, April 9, 2009

2 April Hari Kesedaran Autisma Dunia / April 2 World Autism Awareness Day

Adakah anda tahu bulan April merupakan bulam kesedaran autisma?

Tidak menghairankan jika anda tidak pernah mendengarnya terutamanya masyarakat negara kita.

Negara kita, terutamanya kerajaan perlu turut sama mengambil bahagian bagi memberi kesedaran kepada masyarakat kita tentang autisma kerana kajian menunjukkan bilangan keluarga yang mempunyai ahli keluarga autisma semakin meningkat. Ahli-ahli keluarga berasa kebuntuan untuk mendapatkan perkhidmatan seperti perkhidmatan kaunseling, cara melatih anak-anak autisme, terapi, pendidikan dan banyak lagi.

Masyarakat kita yang kurang prihatin atau mungkin langsung tidak tahu mengenai ciri-ciri kanak-kanak autisma sering memberi respon dan pandangan yang "menyakitkan hati", terutamanya kepada ahli keluarga mereka. Jika masyarakat kita diberi didikan mengenai kepelbagaian manusia, maka saya percaya autistik akan dapat menjalani kehidupan seperti orang tipikal.

Wednesday, February 18, 2009

Kita sering dengar
" orang cacat itu...."
"orang gila itu... "
" budak itu menghidap penyakit autisma..."
" dia tu sakit mental..."
Jika anda pun pernah menyebut perkataan-perkataan sebegini, tak mengapa.
Mulai saat anda membaca blog ini, harap-haraplah dapat mengubah penggunaan bahasa/perkataan anda.
Fikirkan lah, jika anda seorang OKU, anda terdengar orang kata " eh, dia tu cacat la".
Apa perasaan anda??!
OKU lebih dikenali sebgai Orang Kurang Upaya, tetapi hari ini saya telah mendapat didikan daripada pensyarah saya bahawa ia tidak sakit didengar jika OKU dikenali sebagai " Orang Kelainan Upaya".

Kita sering mendengar atau melihat " orang tidak upaya", adakah mereka tidak berupaya? Tidak! mereka boleh bekerja, berdikari, mendirikan rumah tangga dan banyak lagi yang anda lakukan. Mereka cuma terdapat sedikit kelaian daripada orang tipikal, iaitu perlu menggunakan alat pembantu mengikut keperluan mereka. Mereka cuma kurang upaya, tetapi BUKAN tidak upaya.

Pernah terbaca "... menghidap penyakit autisma". Alamak, apa ni!!
Mereka mengalami autisma, kan better? Itu BUKANnya PENYAKIT!

Oleh itu, dapatkah anda mengubah bahasa/perkataan yang sering digunakan kepada yang lebih sedap didengar dan tiada bau diskriminasi mulai hari ini?
I know U CAN!
TRY IT !!!

Tuesday, November 11, 2008

Ciri-ciri Autisma



Slide video ini adalah gabungan dan suntingan dari video yang dimuat turun dari internet. Untuk tujuan pembelajaran semata-mata. Terima kasih kepada pihak yang telah uploadkan video mereka, kerana telah membantu saya secara tidak langsung. Terima kasih.

Saturday, November 8, 2008

Sindrom Down (Down Syndrome)

DEFINISI

  • Sindrom Down ialah penyakit keturunan disebabkan kromosom tambahan pada

    kromoson nombor 21 yang terdapat pada bayi.

  • Kromosom merupakan serat-serat khusus yang terdapat dalam setiap sel dalam badan manusia, di mana terdapat bahan-bahan genetik yang menentukan sifat-sifat seseorang.

 
 

PUNCA

  • Faktor genetic, misalnya ibu yang menghidap penyakit campak rubella, siplis, influenza, dan demam otak mungkin menyebabkan kecacatan pada embrio.
  • Umur ibu semasa mengandung. Lebih 50% kanak-kanak Sindrom Down dilahirkan dengan umur ibu yang yang berumur 35 tahun ke atas.
  • Faktor persekitaran seperti kurang rangsangan dan pemakanan yang tidak sesuai. 

 
 

CIRI-CIRI

  • Ciri fizikal yang ketara ialah kanak-kanak ini mempunyai rupa paras yang hampir sama iaitu kulit berlipat di bahagian mata dan mata yang sepet.     
  • kepala yang kecil, leher yang pendek, lidah terjulur, hidung leper.
  • Tangan yang pendek, tapak kaki yang lebar dan ibu jari kaki yang pedek.
  • Otot yang lemah
  •  Badan yang lebih gemuk dan lebih rendah berbanding kanak-kanak yang biasa.

 
 

SIMPTOM-SIMPTOM

  • Mudah mendapat jangkitan seperti selsema, radang tengkorak dan paru-paru.
  • Pertumbuhan yang lambat, kesukaran untuk belajar dan bertutur.
  • Kebanyakan kanak-kanak Sindrom Down akan mengalami sakit jantung berlubang. 

PROGNOSIS

Menurut National Down Syndrome Society, USA, (2003), kejadian Sindrom Down dianggarkan 1 setiap 800 hingga 1 setiap 1000 kelahiran. Pada tahun 2006, Pusat Kawalan Penyakit ( Center for Disease Control ) menganggarkan kadar sehingga 1 setiap 733 kelahiran hidup di Amerika Syarikat (5429 kes baru setiap tahun).


 

RAWATAN

  • Ibu bapa perlu tabah menjaga anak-anak Sindrom Down dengan menyayangi, dan mengajar seperti anak tipikal.
  • Mendedahkan kanak-kanak Sindrom Down kepada suatu program intervensi awal yang teratur.
  • Adakan aktiviti atau permainan bahasa yang dapat menarik perhatian mereka.
  • Mendedahkan kepada latihan kemahiran khas, terapi pertuturan, terapi cara kerja dan. pendidikan khas .

 
 


 

 
 


 

 
 

Selebral Palsi (Cerebral Palsy) (CP)

DEFINISI

Serebral palsi adalah gangguan terhadap pengendalian fungsi motor disebabkan kerosakan pada otak yang sedang berkembang. Serebral palsi adalah kecacatan yang memberi kesan terhadap:

  • bentuk muka
  • pergerakan
  • kemahiran motor

Serebral Palsi juga boleh berkombinasi dengan gangguan epilepsi, mental, belajar,penglihatan, pendengaran dan komunikasi.


 

PUNCA CP

  • Kerosakan otak semasa kelahiran
  • Kerosakan otak semasa mengandung
  • Oksigen tak sampai ke otak janin
  • Jangkitan kuman
  • masalah kesihatan maternal
  • Perkembangan yang tak normal
  • Bayi yang dilahirkan tak cukup bulan
  • Bayi kembar yang dilahirkan tak cukup berat badan
  • Keracunan
  • Meningitis bacteria
  • Malnutrition
  • Kemalangan


     

CIRI-CIRI SEREBRAL PALSI

  • Perkembangan motor kasar dan motor halus yang lambat
  • Tindakan yang sepatutnya hilang masih kekal
  • Berjalan dengan menjinjit atau kaki diseret
  • Ketidaknormalan bentuk otot
  • Lekukan pada spinal "jawbone" @ kepala kecil
  • Masalah-masalah lain seperti:
    • Penangkapan
    • Sawan
    • Percakapan @ komunikasi
    • Deria yang lemah
    • Kerencatan akal
    • Masalah pembelajaran
    • Masalah tingkahlaku


 

JENIS-JENIS CP

Serebral Palsi terbahagi kepada 3 jenis:

  1. Spastic
  • Menyebabkan kesukaran dalam pergerakan dan tingkah laku, dimana ia menjadi kaku


     

  1. Athetoid
  • Tidak dapat mengawal pergerakan otot dan biasanya mereka mempunyai bentuk tubuh yang pelik


     

  1. Ataxic
  • Ia merupakan gangguan terhadap keseimbangan dan persepsi


 

INTERVENSI AWAL

  • Semasa mengandung keadaan kesihatan berada dalam keadaan baik dan diet pemakanan dijaga.
  • Tidak membuat kanak-kanak terkejut semasa bayi bagi mengelakkan berlaku kerosakan pada otak
  • Terapi bagi membolehkan kanak-kanak serebral palsi memaksimunkan potensi dan perkembangannya.

Tuesday, November 4, 2008

Masalah Pembelajaran - Disleksia

PENGENALAN DISLEKSIA…


 

Disleksia terdiri daripada dua perkataan
Yunani iaitu "DYN"
bermakna susah, dan "LEXIA" bermakna tulisan.


 

  • Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak.


 

  • Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira.


 

Oleh itu DISLEKSIA
merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.


 


 

CIRI-CIRI DISLEKSIA

1.Selalu dikesan pada peringkat awal persekolahan.

2.Lambat membaca dan mempunyai tulisan tangan yang buruk.

3.Ketika membaca, sering mengurang dan menambah pada sesuatu perkataan.

4.Sering keliru dengan sesuatu perkataan pada huruf-huruf tertentu contohnya 'b' dianggap 'p' dan 'p' dianggap 'q'.

5.Perhatian mudah terganggu atau gagal untuk menghabiskan sesuatu kerja hingga habis.

6.Cenderung menjadi seorang yang impulsif atau sering mengikut perasaan sendiri tanpa memikirkan orang lain.

7.Sering berlaku di kalangan lelaki.Kerap berlaku di kalangan pasangan kembar, kanak-kanak yang lahir tidak cukup bulan, anak-anak yang lahir daripada ibu yang sudah berumur, dan kanak-kanak yang pernah mengalami kecederaan pada kepala

8.Masalah disleksia boleh berlanjutan sehingga dewasa.Punca-punca disleksia


cara kerja otak yang berbeza
daripada keadaan yang normal.

Apabila ujian imbasan dijalankan ke atas penghidap disleksia, didapati cara otak mereka memproses maklumat agak berbeza daripada biasa.

Faktor keturunan juga dikatakan sebagai salah satu punca disleksia.

Kajian perubatan di barat mendapati kanak-kanak penghidap disleksia mempunyai latar belakang keluarga yang ada turut mempunyai penghidap sindrom berkenaan.


 

RAWATAN DISLEKSIA

Disleksia hanya dapat dikesan apabila beberapa ujian dilakukan ke atas pesakit di bawah pengendalian ahli psikologi atau guru khas disleksia. Penyakit ini boleh dirawat tetapi tidak boleh diubati. Penghidap disleksia lazimnya akan diberi rawatan secara terapi untuk meningkatkan kemahiran linguistik, kognitif dan sosial.


 


 


 

Friday, October 31, 2008

SAWAN EPILEPSI(EPILEPSY)

DEFINISI EPILEPSI:

· Epilepsi ialah sejenis penyakit yang disebabkan oleh gangguan dalam bahagian otak yang berlaku secara berulang dalam bentuk serangan sawan yang boleh menyebabkan seseorang penghidap sawan tidak akan sedarkan diri dalam satu jangka masa bergantung kepada tahap kekronikan penyakit sawan yang dihadapi.

· Biasanya serangan sawan yeng terjadi boleh menyebabkan penderitaan yang serius dan melibatkan semua peringkat umur manusia tidak kira kanak-kanak atau orang dewasa.

· Selepas seseorang itu mengalami serangan sawan, seseorang itu akan keletihan dan tidak mampu mengigati apa yang telah terjadi kepada dirinya.

· Abad ke 18 dan 19 Hippocrates telah memperkenalkan ubat antileptik pertama yang dikenali sebagai Bromid yang telah digunakan diseluruh dunia.

· Menurut Hans Berger (Jerman) 1920-an telah mencipta elektroensefalograf (EEG) bagi merekod kehadiran pelepasan elektrik didalam otak, yang telah memungkinkan pembedahan dilakukan tiga dekad kemudian.

KADAR JANGKAAN:

· Secara puratanya kadar kekerapan berlakunya serangan sawan adalah bergantung kepada tahap kekronikan penyakit sawan yang mereka hadapi.

· Biasanya, jangkaan berlakunya serangan sawan epilepsi dikalangan kanak-kanak adalah selama 10-20 minit dan yang paling cepat boleh terjadi adalah selama 30 saat.


PUNCA-PUNCA EPILEPSI:

· Secara umumya, punca sebenar epilepsi masih belum diketahui secara jelas dan terperinci.

Antara punca-punca epilepsi ialah:

· Kekurangan oksigen atau pendarahan dalam otak sewaktu kelahiran.

· Penyakit keturunan atau genetic seperti tuberos sclerosis.

· Akibat komplikasi selepas strok.

· Ketumbuhan dibahagian otak, saluran darah luar biasaatau kecacatan saluran darah dibahagian otak.

· Kerosakan bahagian otak akibat jangkitan kuman,parasit,alcohol atau bahan toksik.kecederaan parah di bahagian otak.

· Kecederaan teruk dibahagian otak.

Punca lain epilepsi ialah:

 faktor biasa kecederaan di kepala, faktor genetic dan penyakit tumor otak.

 faktor orang dewasa ialah penyalahgunaan alcohol, jangkitan kuman,pendedahan kepada bahan kimia dan penyakit kerosakan otak.

 faktor kanak-kanak ialah deman yang kuat,kecacatan sewaktu lahir,keracunan,kecederaan di kepala dan suntikan vaksin-sawan.


Ciri-ciri Penghidap Epilepsi:

Ciri-ciri fizikal:
-serang bahagian fizikal pesakit, rebah, kaku, kejang, tidak sedarkan diri, pernafasan tidak teratur,air ludah berbuih dan tidak mampu mengawal pembuangan air kecil dan besar,

Ciri-ciri tingkahlaku:

-mereka hanya mempamirkan sikap atau tindakan yang luar biasa setelah diserang sawan.

Ciri-ciri sosial:

-sukar berkawan dengan rakan sebaya nereka,menghadapi dan masalah kemurungan.

Ciri-ciri kognitif - pesakit tidak dapat menumpukan perhatian terhadap pelajaran dan mengikuti persekolahan seperti kanak-kanak biasa yang lain.

Ciri-ciri motor: - pesakit berada dalam keadaan binggung,mengulangi perbuatan yang sama, tidak dapat bersukan dan melakukan aktiviti berat.

 
 

INTERVENSI DAN PERUBATAN.

Terdapat beberapa ujian ynag boleh dilakukan untuk mengenal pasti penyakit sawan:

· Ujian paras kalsium dan magnesium dalama darah.

· Ujian paras glukosa dalam darah.

· Ujian fungsi hati dan buah pinggang

· Elektroensefalogen (EEG)

· Pemantauan video-EEG

· Penilaian neuropsikologi

· Paras GABA.GABA ialah sejenis asid amino yang terdapat dalam system saraf pusat manusia tertumanya dibahagian otak manusia.

RAWATAN

Ubat-ubatan yang biasa diberikan kepada pesakit epilepsi ialah jenis ubat anti-epileptik (AEDS) yang mengandungi satu atau lebih bahan kimia yang dipanggil antikonvulsi.

Contohnya sodium valporat, Phenobarbital dan phenytoin.

Rawatan alternatif yang lain adalah seperti:

· Pembedahan

· Diet pemakanan khas

· Ransangan saraf vegas

· Invervensi dari segi pendidikan


 

UNTUK KETERANGAN LANJUT, BOLEH HUBUNGI:

Persatuan Epilepsi Malaysia

(Malaysian Society Of Epilepsy)

Jabatan Neurologi,

Hospital Kuala Lumpur,

50586 Kuala Lumpur.

Tel:03-25615405

Laman web: http//www.epilepsi.org.my