Thursday, April 9, 2009

2 April Hari Kesedaran Autisma Dunia / April 2 World Autism Awareness Day

Adakah anda tahu bulan April merupakan bulam kesedaran autisma?

Tidak menghairankan jika anda tidak pernah mendengarnya terutamanya masyarakat negara kita.

Negara kita, terutamanya kerajaan perlu turut sama mengambil bahagian bagi memberi kesedaran kepada masyarakat kita tentang autisma kerana kajian menunjukkan bilangan keluarga yang mempunyai ahli keluarga autisma semakin meningkat. Ahli-ahli keluarga berasa kebuntuan untuk mendapatkan perkhidmatan seperti perkhidmatan kaunseling, cara melatih anak-anak autisme, terapi, pendidikan dan banyak lagi.

Masyarakat kita yang kurang prihatin atau mungkin langsung tidak tahu mengenai ciri-ciri kanak-kanak autisma sering memberi respon dan pandangan yang "menyakitkan hati", terutamanya kepada ahli keluarga mereka. Jika masyarakat kita diberi didikan mengenai kepelbagaian manusia, maka saya percaya autistik akan dapat menjalani kehidupan seperti orang tipikal.

Wednesday, February 18, 2009

Kita sering dengar
" orang cacat itu...."
"orang gila itu... "
" budak itu menghidap penyakit autisma..."
" dia tu sakit mental..."
Jika anda pun pernah menyebut perkataan-perkataan sebegini, tak mengapa.
Mulai saat anda membaca blog ini, harap-haraplah dapat mengubah penggunaan bahasa/perkataan anda.
Fikirkan lah, jika anda seorang OKU, anda terdengar orang kata " eh, dia tu cacat la".
Apa perasaan anda??!
OKU lebih dikenali sebgai Orang Kurang Upaya, tetapi hari ini saya telah mendapat didikan daripada pensyarah saya bahawa ia tidak sakit didengar jika OKU dikenali sebagai " Orang Kelainan Upaya".

Kita sering mendengar atau melihat " orang tidak upaya", adakah mereka tidak berupaya? Tidak! mereka boleh bekerja, berdikari, mendirikan rumah tangga dan banyak lagi yang anda lakukan. Mereka cuma terdapat sedikit kelaian daripada orang tipikal, iaitu perlu menggunakan alat pembantu mengikut keperluan mereka. Mereka cuma kurang upaya, tetapi BUKAN tidak upaya.

Pernah terbaca "... menghidap penyakit autisma". Alamak, apa ni!!
Mereka mengalami autisma, kan better? Itu BUKANnya PENYAKIT!

Oleh itu, dapatkah anda mengubah bahasa/perkataan yang sering digunakan kepada yang lebih sedap didengar dan tiada bau diskriminasi mulai hari ini?
I know U CAN!
TRY IT !!!