Sunday, October 19, 2008

Masalah Pembelajaran Diskalkulia (Dyscalculia)


Apa itu Diskalkulia?

  • Merujuk kepada istilah sastera, "Dys" dalam bahasa Greek bermaksud kesukaran, "Calculia" dalam bahasa Latin bermaksud pengiraan. Maka Diskalkulia didefinisikan sebagai masalah pembelajaran spesifik yang mempengaruhi pemerolehan/pembelajaran kemahiran aritmetik (Wikipedia, 2008).
  • Menurut Departmant for Education Skills 2001(DfES), Diskalkulia diterangkan sebagai sesuatu keadaan yang mempengaruhi keupayaan menguasai / memperolehi kemahiran aritmetik. Kanak-kanak diskalkulia menghadapi masalah dalam memahami konsep nombor yang mudah, kekurangan kefahaman intuisi terhadap nombor dan bermasalah dalam mempelajari fakta nombor dan prosedur-prosedur. Contohnya, mereka tahu 3+5=8, tetapi tidak dapat mentafsirkan bahawa 5+3=8. Walaupun mereka dapat menghasilkan jawapan yang betul, tetapi mereka melakukannya dengan tanpa keyakinan diri. (Messenger et al).


     

Simptom-simptom Diskalkulia

Seseorang yang menghadapi masalah Diskalkulia akan menghadapi kesukaran:

  • Mengenal nombor dan simbol-simbol dalam matematik seperti +, -, x dan ÷
  • besar dan kecil. Contohnya: tidak dapat menentukan nilai terbesar antara 23 dan 32
  • mengira dalam bilangan 2 atau 5 dan sebagainya serta tertib menurun
  • membuat anggaran dan pengukuran, seperti saiz, nilai, wang, jarak atau cecair
  • mengira wang atau melihat masa
  • membaca peta dan jadual, kerana kurang kesedaran tentang kedudukan, arah, orientasi dan organisasi ruang
  • menggunakan peraturan dan prosedur, oleh itu mereka tidak dapat mengingati langkah-langkah untuk menyelesaikan pengiraan matematik
  • Lemah dalam pengiraan spontan.


 

Punca-punca berlakunya Diskalkulia

 Wujud sejak lahir atas faktor genetik

-    Kecederaan pada otak sebelah kiri berdekatan dengan telinga.

- kerana otak kiri berfungsi menterjemahkan angka-angka

Pendedahan awal matematik yang terdesak

  • pendedahan sebelum kanak-kanak bersedia untuk menerima konsep matematik menyebabkan kanak-kanak berasa bimbang apabila berhadapan dengan soalan matematik dan menjadi fobia

Faktor pengajaran di sekolah

  • Pelajar yang lemah tidak dapat menguasai sesuatu kemahiran dengan sepunuhnya kerana guru perlu menghabiskan sukatan pelajaran seperti yang ditetapkan.

- Pengajaran konsep matematik diabaikan kerana guru mengajar dan melatih pelajar bersarankan ujian dan peperiksaan.

Bagaimana untuk mengajar kanak-kanak Diskalkulia?

  • Memberi penyampaian pelajaran secara part-part-whole
  • Memberi pengulangan dan latih tubi yang kerap
  • Mengenalpasti mereka faham akan soalan atau latihan yang ditujukan
  • Mementingkan kefahaman konsep
  • Mengkaitkan contoh dengan kehidupan harian dan bahan maujud
  • Menggunakan bahasa yang senang difahami
  • Memberi penghargaan dan pujian, elakan melabel dan memarahi mereka depan khalayak ramai
  • Menggunakan alat bantu mengajar yang pelbaga


 

Sokongan Keluarga

 Ahli keluarga, khasnya ibubapa perlu mengambil bahagian sepenuhnya bagi membantu kanak-kanak bermasalah pembelajaran

 Sentiasa merujuk kepada guru kelasnya untuk mengikuti perkembangan anak di sekolah.

 Mengajar anak-anaknya atau memberi pendedahan tentang pengiraan melalui permainan

 Memberi peluang kepada mereka untuk berhadapan dengan pengiraan dan penghitungan dalam aktiviti harian

 Ibubapa memberi kerjasama dengan pihak sekolah bagi membimbing anak-anak mereka supaya berjaya dalam kehidupan.


 

Boleh mendapatkan informasi dan nasihat dari:


www.suite101.com

No.6, Persiaran Kuantan

Off Jalan Titiwangsa, Setapak,

Kuala Lumpur

Tel/Fax: 03-40255109
Email : dyslexiaft@time.net.my

Email:pkik@myjaring.net

1 comment:

Dang Kelana said...

Terima kasih. bagus info ni. saya syak anak saya ada masalah diskalkulia. Where do I go from here? Apa yg patut kita lakukan jika mula syak anak kita ada masalah spt ni di Malaysia ni?